ad

Isnin, 6 April 2009

VINCENT TAN CHEE YIOUN



VINCENT TAN CHEE YIOUN, 56

ASET RM3.40 BILION

BERJAYA GROUP


Anak kelahiran Batu Pahat ini bermula dari bawah tetapi bercita-cita besar. Anak keempat daripada lapan beradik, mula bekerja selepas tamat sekolah. Beliau bermula sebagai kerani di United Malayan Banking Corporation (UMBC) sambil menjadi ejen insurans separuh masa untuk American International Insurance (AIA).


Hasil lumayan daripada jualan polisi insurans amat menarik minatnya. Pada 1972, dia bekerja sepenuh masa dalam bidang insurans dan menjadi penyelia agensi AIA yang paling muda ketika berusia 21 tahun. Pengalaman inilah yang memberikannya asas hubungan baik dengan pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan. Pada waktu yang sama, beliau menguruskan sewa trak dan pengangkutan sebelum terjun ke bidang import kereta dan hartanah.


Seorang yang gemar membaca majalah perniagaan, beliau akan meneliti kandungan majalah Forbes, Business Week dan Fortune yang selalu dipinjam daripada pegawai-pegawai bank. Secara tidak diduga pada 1973, beliau terbaca mengenai rangkaian restoran Mc Donald’s di dalam majalah Time, sesuatu yang kemudian mengubah hidupnya.


Beliau menulis kepada McDonald’s dan terus berbuat demikian sehingga tujuh tahun sehingga berjaya membawa restoran itu ke Malaysia. Pada tahun 1985, beliau membeli Sports Toto di peringkat awal projek penswastaan oleh kerajaan- satu langkah korporat yang membuka laluan kearah pembinaan empayarnya.


Kepentingan perniagaannya mencakupi pembangunan hartanah, telekomunikasi, pertaruan, broker saham, pembuatan, perdagangan, khidmat perhotelan dan internet, perbekalan awam, media dan insurans.


Tan juga adalah orang yang membuka kompleks membeli belah, Berjaya Times Squere yang memulakan operasi pada Oktober 2003. Anak lelakinya, Rayvin Tan Yeong Sheik, ialah pegarah eksekutif Berjaya Group manakala abangnya, Tan Sri Danny Tan Chee Sing adalah ahli lembaga pengarah beberapa syarikat milik Berjaya.

(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)