ad

Isnin, 16 Mac 2009

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY




Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57
Albukhary Foundation
Aset : RM 8.550 billion,


Satu nama besar yang perlu di hormati, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah bumiputra Korporat terkaya di Malaysia.

Beliau bukan orang asing di bidang perniagaan Negara kerana sudah terbabit secara langsung sejak 1970an lagi. Beliau mendapat publisiti yang meluas pada tahun 2000 apabila sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya membeli sejumlah besar ekuiti Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC), entity pelaburan Permodalan Nasional Berhad. Langkahnya itu memeranjatkan banyak pihak sehingga nama beliau tidak lekang bermain di bibir rakyat.

Sejak itu, nama beliau dikaitkan dengan banyak lagi pengambilalihan korporat besar. Beliau menguasai sekurang-kurangnya 8 syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia walaupun namanya tidak disebut dalam laporan tahunan.

Ahli korporat ini bermula dari bawah. Bagi anak seorang peniaga lembu yang lahir pada 1951 di Alor Setar, kuat kerja dan rangkaian perhubungan yang kukuh sudah sebati dalam jiwanya. Ketika masih bersekolah, beliau menjual roti canai dan lobak di pasar pagi sebelum ke kelas. Masuk sekolah menengah di St Michael’s Independeny School, Alor Setar, dia membantu bapanya menjual lembu sambil menguruskan aliran kewangandan pengangkutan.

Pendedahan sejak kecil inilah yang memberikanya asas kejayaan sejak tiga dekat lalu, sehingga muncul sebagai usahawan yang disegani.

Dalam memacu perniagaannya, beliau dikelilingi sekumpulan pakar di bidang masing-masing. Beliaumempunyai kumpulan perancang korporat sepenuh masa yang menilai dan menguruskan sebarang keputusan yang dibuatnya. Beliau turut melantik pengurus professional yang boleh dipercayaai bagi membantu perniagaannya. Beliau sendiri mengawasi perjalanan syarikat dari ibu pejabat.

Begitupun, Syed Mokhtar pernah mengharungi ujian getir di sepanjang jalan menuju kejayaan. Pada awal 1970 an, wabak kuku dan mulut meranapkan perniagaan ternak dan jual lembu keluarganya sehingga bapanya menghentikan perniagaan. Kemudian pada 1977, krisis ekonomi serantau menghimpit perniagaannya ketika beliau baru saja hendak memulakan beberapa projek bernilai berjuta-juta ringgit.

Bagaimanapun beliau mampu mengatasi ujian berkenaan. Mengagnggapnya sebagai masalah sementara, ia membuatkan Syed Mokhtar menjadi lebih bersemangat. Kegagalan perniagaan lembu milik keluarganya menjadi pengajaran paling berguna dalam hidupnya. Beliau kembali membuka perniagaan baranagn keperluan harian. Sejak itu, ia berkembang kepada bidang pengangkutan lori, dagangan beras, pakaian, pemprosesan dan ternakan, sebahagiannya masih beroperasi sehingga kini.

Ketika itu jugalah beliau bekerjasama dengan rakan Cinanya yang masih mempengaruhi cara beliau menguruskan perniagaan – berkesan dan senyap. Beliau juga mendekati beberapa ahli politik Umno yang meningkat naik. Hari ini, mereka adalah kawan baiknya.

Pada lewat 1990an, cabarannya lebih besar. Pada ketika itu, beliau membina projek pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor berharga RM2.4 bilion denga pinjaman US dollar yang meningkat di pasaran tukaran wang asing. Syed Mokhtar terpaksa memikirkan cara untuk terus melaksanakan projek pelabuhan itu tanpa menanggung kerugian. Akhirnya, beliau berjaya. Hari ini, pelabuhan berkenaan ialah symbol kejayaannya sehingga PTP ( Port of Tanjung Pelepas ) berjaya menarik operasi firma perkapalan terkemuka dunia seperti Maesk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan.

PTP terbukti menjadi sainagn sengit pelabuhan di Negara jiran, sama sepeti pelaburan Syed Mokhtar yang hampir semuanya memerlukan cita-cita besar. Rancangannya ialah melihat PTP menjadi pusat perkapalan dan kontena serantau dengan Lapangan Terbang Senai turut berfungsi membantu kelicinan operasinya.

Peningkatan mendadak empayar perniagaan Syed Mokhtar mencetuskan kebimbangan bahawa beliau terlalu rakus dalam kerjanya. Bagaimanapun bagi Syed Mokhtar, beliau sudah lama mengenali selok belok perniagaan dan sedar bahaya jenis apakah yang per di tempuhinya.

Di tengah-tengah kejayaannya, beliau tidak lupa tanggungjawab terhadap agama dan masyarakat. Setiap tahun, belay menyalurkan jutaan ringgit kepada badan amal, pendidikan dan projek social melalui Yayasan Albukhary yang ditubuhkan pada Mac 1996. Yayasan ini membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik, mengembangkan kesusasteraan, budaya dan tamadun Islam. Beliau juaga telah membina lebih 10 buah masjid di seluruh Negara.

Salah satu projek utama Yayasan berkenaan ialah Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah muzium pertama seumpamanya di rantau Asia-Pasifik.

Satu lagi ialah kompleks Al Bukhary bernilai RM300 juta di Kedah yang siap tahun 2004. Ia mengandungi sebuah masjid, pusat perubatan, pusat masyarakat, rumah anak yatim, rumah orang tua dan sebuah universiti bagi rakyat tempatan dan asing.

Pada 1990an, beliau turut menyumbang kepada usaha parti MCA mengutip derma bagi membantu sekolah aliran Cina manakala pada tahun 2000, beliau menderma 1.25 juta paun sterling kepada Pusat Pengajian Islam University Oxford, salah sebuah pendidikan Islam terunggul di Dunia.

Begitupun, Syed Mokhtar tidak pernah meninggi diri dan tidak akan bercakap mengenai kejayaannya di bidang korporat. Beliau lebih suka menyendiri dan menghabiskan masa bersama keluarga. Pada waktu lapang, beliau gemar memandu Proton Perdana model pertama dan minum the tarik.

(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

TAN SRI QUEK LENG CHAN


Tan Sri Quek Leng Chan, 65,

Hong Leong Group

Aset : RM 11.098 billion


Tan Sri Quek Leng Chan mungkin diantara individu paling kaya di Malaysia tetapi beliau kurang dikenali umum. Sifatnya yang tegas dan tidak suka menunjuk-nunjuk inilah yang membolehkan beliau mengubah sebuah perniagaan kecil menjadi yang terbesar di Malaysia.


“Quek boleh dikatakan seorang ahli perniagaan yang pemalu. Beliau cuba mengelak daripada terserempak dengan media dan orang ramai,” kata Tan Sri Ramon V Navaratnam bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan.


Lulusan undang-undang Middle Temple Inn di United Kingdom, Quek dihantar menguruskan perniagaan keluarganya di Malaysia berikutan pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 1965. Ketika itu keluarganya Cuma memiliki sebuah kedai peralatan rumah di Birch Street ( kini Jalan Maharajalela), Kuala Lumpur.


Begitupun, Quek tidak sekadar berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Dari situlah beliau mengilhamkan Hong Leong Malaysia yang ada hubungkait dengan Hong Leong Singapura, Hari ini, kedua-duanya masih memegang sejumlah equiti satu sama lain.


Ketua penyelidik TA Securities Bhd, C K Ngu menyifatkan Quek seorang ‘pelabur yang bijak’ kerana berjaya mendapatkan sesuatu kontrak pada waktu yang sesuai. Beliau pernah menjual Dao Heng Bank yang berpengkalan di Hong Kong kepada DBS Group Holding Ltd di Singapura pada 2001 dengan harga US$5.4 bilion. Ia sekaligus meningkatkan kecairan syarikatnya yang nyata mampu menangkis kesan buruk krisis ekonomi 1998.


(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)