ad

Rabu, 8 April 2009

TAN SRI AZMAN HASHIM





TAN SRI AZMAN HASHIM, 68
ASET RM2.87 BILION
ARAB-MALAYSIAN CORPORATION BHD

Tan Sri Azman Hashim, satu nama besar industry perbankan dan pengerusi AmBank Group, adalah seorang seorang yang tidak mudah diperlekehkan. Ketika berusia 14 tahun, beliau menamatkan Senior Cambridge di Methodist Boy’s School di Sentul, Kuala Lumpur.

Pemegang biasiswa Yayasan Colombo itu kemudian melanjutkan pelajaran ke Australia dan pulang sebagai akauntan bertauliah sebelum umurnya mencecah 21 tahun.

Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya. Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut.

Lahir di Kuala Lumpur, beliau adalah yang pertama dikalangan 13 adik beradik yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bapanya seorang pembantu pejabat di Lembaga Letrik Negara ( LLN ) ketika itu dan ibunya, seorang guru, adalah ibubapa yang mengawal ketat anak mereka, terutama di bidang pelajaran.

Seorang yang “tak tau duduk diam”, Azman sering mencari seseuatu yang mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau menganggapnya sebagai terlalu “rutin”.

Dia mudah gelisah selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk firma perakaunan Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang amat baru dan tidak aramai pengamalnya.

“tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia adalah kelas dua. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu membuktikan tanggapan itu salah” kata beliau.”tahun-tahun awalnya memanglah sukar tetapi tanpa saya sedari, ia memang menyeronokkan.”

Dengan reputasinya sejak bertugas di BNM, perniagaannya mula meningkat. Menjelang 1970, firmanya ditukar nama kepada Azman Wong Salleh & Co makin kukuh, membabitkan empat rakan kongsi dan lebih 100 pekerja. Azman pula sudah memikirkan perkara yang lain.

Kerana itu, apabila ditawarkan jawatan ketua pegawai eksekutif Malayan Banking Bhd ( Maybank) yang menhgadapi beberapa masalah ketika itu, azman serta merta menjual kepentingannya dalam firma perakaunan berkenaan dan menjadi ahli bank sepenuh masa walaupun langkah tersebut mengurangkan pendapatan bulanannya sebanyak 50 peratus.

Sepanjang 10 tahun bersama Maybank, beliau Berjaya membuka rangkaian bank yang terbesar di Asia Tenggara, memperkenalkan system perkomputeran dan akhirnya mengasaskan apa yang kini menjadi bank yang terbesar di Malaysia. Pada awal 1970an, beliau mula mengumpul kekayaan menerusi sector hartanah dan pulangan pelaburan di bursa saham yang ketika itu melonjak naik.

Pada waktu itu juga, beliau menggangotai lembaga pengarah banyak syarikat dan terbabit dengan penubuhan Pernas International Bhd. Pada 1980, beliau mengambil kesempatan dengan member satu blok saham Kwong Yik Bank Bhd tetapi meletak jawatan kerana tidak mahu menjadi pemegang saham minority bank berkenaan.

Oleh kerana dirasuk oleh demam keusahawanannya, beliau mula embeli satu persatu kepentinagnfirma besar. Pada 1982, beliau membeli 40 peratus saham Taiping TEXTILES (kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti Arab-Malaysia Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd).

“Taiping Textiles akan kekal dalam kenangan” Azman pernah berkata. “itulah pendedahan awal saya di dunia korporat.”

Sebagaimana kata pengarang buku Ethnicity and the Malaysian Economy, James Jusudason: “Azman sebenarnya kurang berminat dengan tekstile tetapi menggunakannya sebagai asas korporat untuk mengumpul kekayaan.”

Hari ini empayar Tan Sri Azman Hashim di bawah firma terbitan awam Arab-Malaysia Corporation Bhd meliputi kewangan, hartanah, pembuatan dan penyiaran, dengan beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling kaya di Negara ini dengan anggaran ast bernilai RM543.6 juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang yang Berjaya. Bagi kebanyakan orang, jutawansepertinya harus berehat, makan angin dan bersenang lenang.

Tetapi bagi Azman, beliau sukakan cabaran di bidang itu. “Ini bukan soal wang, kalaunak ikutkan, dah lama saya bersara.” Katanya. “selepas dapat satu atau dua juta ringgit, memanglah dah cukup.”

“usahawan adalah orang yang cukup optimistic. Kita akan sentiasa rasa tercabar untuk mencuba benda yang lebih susah. Makin besar sesuatu cabaran, makin kuatlah kita berusaha. Saya akan cuba mendapatkan apa yang diidamkan. Saya tidak boleh berfikiran tertutup.”

Apa yang dikecap memang ada inak durinya. Disamping terselamat daripada nahas jalan raya pada 1989, beliau turut mengharungi dua detik getir, salah satu daripadanya hampir memusnah empayarnya.

Yang pertama berlaku pada pertengahan 1980an. “Ia betul-betul sukar,” katanya. Saya memang tidak pernah menghadapi kemelesetan seperti itu.” Berikutan pembelian dan pembesaran Taiping Textiles dan Arab_malaysia Development Bank ketika itu, beliau memikul hutang yang amat besar. Pada ketika itu penganalisis menganggarkan hutangnya menjangkau di antara RM350 dan RM400 juta.

Ibu pejabat Arab-Malaysian juga dibuka di Kuala Lumpur ketika itu. Untuk menarik minat penyewa, beliau terpaksa menawarkan sewa serendah RM1.50 sekaki persegi berbanding RM5, disamping tiga bulan sewa percuma.

Beliau bagaimanapun Berjaya keluar dari kemelut kewangan itu dan menerajui perniagaannya menjadi antara kumpulan perbankan terunggul di Malaysia. Begitupun, beliau sering terkenang detik, lebih-lebih lagi tentang ‘bank yang suka mengutip hutang; daripada membantu pelanggangnya.

“Ketika poket kita baik, ramai yang dating menawarkan pinjaman,” katanya. “Nasib baik ketika itu, ada bank yang memahami masalah saya.”

Kira-kira sedekad kemudian, Azman dan kumpulannya terjebak dangan satu lagi masalah- krisis ekonomi Asia 1997. “kita sedang ditimpa masalah,”katanya ketika itu. “Kita masih mencatat keuntungan, tetapi keuntungan ini akan berkeurangan.”

Kemerosotan pasaran hartanah, peningkatan hutang tidak berbayar dan hutang lain turut menggoncang kumpulan perbankan beliau. Ujian paling besar ialah apabila firmanya hampir diserapkan di bawah Affin Holding Group mengikut program penggabungan Bank Negara. Tetapi apabila jumlah kumpulan bank induk ditambah daripada 6 kepada 10, kumpulan beliau kembali cergas.

Beliau terus merangka penubuhan kumpulan kewangan terbesar di Malaysia berikutan penggabungan MBf Finance dengan Arab-Malaysian Finance Bhd, kini dikenali sebagai AMFB Holding Bhd.

Sebagaimana sifatnya, Azman tidak akan menyerah kalah kepada cabaran demikian. “Saya tak bertolak ansur dengan kegagalan. Cuba tunjukkan saya bank mana yang tidak dibebani masalah hutang dan saya akan tunjukkan pula sebuah institusi yang langsung tidak mengamalkan kaedah perbankan.”

Pada Jun 2002, beliau mengilhamkan nama baru – AmBank Group- dan warna korporatnya yang baru; merah yang melambangkan kekayaan dan kuning keemasan yang menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan, bagi memulakan eara baru korporatnya.

Sebagaimana kata seorang ahli bank asing: “Kumpulan perbankan Azman Berjaya keluar dari kemelut dan kini muncul sebagai kumpulan yang rus disegani”. Kejayaan AmBank Group banyak dikaitkan dengan kebijaksanaan dan ketetapan keputusan yang dibuatnya.

“Azman mempunyai kemampuan mengenal pasti sesuatu perkara dengan cepat.” Kata Patrick Low, bekas pengarah eksekutif AHB. “ Bank banyak membabitkan perjanjian dan urusan diatas kertas. Sebab itulah beliau sering menghadap kertas yang bertimbun, tetapi beliau mampu mengatasinya.”

Cirri-ciri ini ialah satu keperluan bagi Azman dalam sifatnya pengurus yang meneliti semua dokumen, daripada pinjaman korporat sehinggalah wang untuk maksud derma. “Saya percaya dengan keputusan yang cepat dan tepat” katanya. “Jika kita bertangguh, semuanya terjejas kerana akhirnya akan kembali ke meja saya. Sebab itulah pelanggan mendapat jawapan secepat mungkin. Ini menjadikan kita cekap. Sebarang cadangan dan buah fikiran baru dapat diketengahkan dan dilaksanakan secepat mungkin. Kami seboleh-bolehnya ingin mengurangkan karenah birokrasi dalam urusniaga.”

Azman sering ‘meneropong’ pekerjanya sehinngga ke peringkat paling bawah. “Beliau amat teliti dengan kewangan. Setiap kali kami membuat sesuatu, kami cuba menjimatkan kos dan meningkatkan mutu,” kata seorang pekerjanya.

Disamping Arab-Malaysia, Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan, antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia – China Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance Riding Society.

Menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno Selangor pada 1970an.

Beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, anataranya anugerah Asia’s Banker of the ear oleh Asean Business Forum dan Manager of the Year 1995 oleh Harvard Business School Alumni Club, Malaysia.

Walaupun sentiasa sibuk, bapa kepada lima anak ini tahu cara untuk berehat. “Kita perlu meluangkan masa untuk hobi kita...ini penting,” katanya. “Kerja memang sentiasa menunggu, jadi kita harus pandai mengimbanginya.”

(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

Isnin, 6 April 2009

VINCENT TAN CHEE YIOUN



VINCENT TAN CHEE YIOUN, 56

ASET RM3.40 BILION

BERJAYA GROUP


Anak kelahiran Batu Pahat ini bermula dari bawah tetapi bercita-cita besar. Anak keempat daripada lapan beradik, mula bekerja selepas tamat sekolah. Beliau bermula sebagai kerani di United Malayan Banking Corporation (UMBC) sambil menjadi ejen insurans separuh masa untuk American International Insurance (AIA).


Hasil lumayan daripada jualan polisi insurans amat menarik minatnya. Pada 1972, dia bekerja sepenuh masa dalam bidang insurans dan menjadi penyelia agensi AIA yang paling muda ketika berusia 21 tahun. Pengalaman inilah yang memberikannya asas hubungan baik dengan pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan. Pada waktu yang sama, beliau menguruskan sewa trak dan pengangkutan sebelum terjun ke bidang import kereta dan hartanah.


Seorang yang gemar membaca majalah perniagaan, beliau akan meneliti kandungan majalah Forbes, Business Week dan Fortune yang selalu dipinjam daripada pegawai-pegawai bank. Secara tidak diduga pada 1973, beliau terbaca mengenai rangkaian restoran Mc Donald’s di dalam majalah Time, sesuatu yang kemudian mengubah hidupnya.


Beliau menulis kepada McDonald’s dan terus berbuat demikian sehingga tujuh tahun sehingga berjaya membawa restoran itu ke Malaysia. Pada tahun 1985, beliau membeli Sports Toto di peringkat awal projek penswastaan oleh kerajaan- satu langkah korporat yang membuka laluan kearah pembinaan empayarnya.


Kepentingan perniagaannya mencakupi pembangunan hartanah, telekomunikasi, pertaruan, broker saham, pembuatan, perdagangan, khidmat perhotelan dan internet, perbekalan awam, media dan insurans.


Tan juga adalah orang yang membuka kompleks membeli belah, Berjaya Times Squere yang memulakan operasi pada Oktober 2003. Anak lelakinya, Rayvin Tan Yeong Sheik, ialah pegarah eksekutif Berjaya Group manakala abangnya, Tan Sri Danny Tan Chee Sing adalah ahli lembaga pengarah beberapa syarikat milik Berjaya.

(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)




Ahad, 5 April 2009

TIONG HIEW KING



TIONG HIEW KING, 71
ASET RM 3.8 BILION
RIMBUNAN HIJAU GROUP


Jutawan balak ini bermula dari peringkat bawah. Sejak zaman kanak-kanaknya, dia sentiasa membantu bapanya, seoang pendayung sampan, menghantar barang-barang dari rumah ke rumah di sepanjang sungai Rejang, Sarawak.

Seperti kebanyakan anak keturunan Fuzhou ketika itu, beliau mula terlibat dalam industri pembalakan ketika berusia 20 tahun. Dia bekerja dengan bapa saudaranya, Datuk Wong Tuong Kwong daripada WTK Group, sebuah firma pembalakan Sarawak, selama 20 tahun. Di bawah TWK, Tiong menimba pengalaman berharga dibidang ini.

Beliau kemudian menyertai bidang itu sebagai kontraktor dengan menubuhkan Rimbunan Hijau Group (RH Group) pada 1975 dan memperolehi konsesi pembalakannya yang pertama di Baram pada 1976, yang menjadi penyumbang utama kepada kemajuan syarikat.


Sejak 30 tahun lalu, Tiong memacu kumpulan RH sehingga dikenali diperingkat antarabangsa. Tidak ada hutan yang diterokai oleh mereka, yang memiliki konsesi dari New Zealand hingga ke lembah Amazon di Brazil.

Berserta adik beradiknya yang lain, Tiong Kiu King, Tiong Thai King, Tiong Kiong King dan Tiong Ik King, mereka memasuki Papua New Guinea pada awal 1990an dan menguasai sebahagian besar peratusan pengeluaran balak Negara berkenaan. Mereka juga turut memenangi konsesi di kawasan mencabar seperti di Siberia.

Pada waktu yang sama, Tiong turut muncul sebagai saudagar media tempatan dan antarabangsa. Syarikatnya, Pemandangan Sinar Sdn. Bhd. Menguasai Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming Daily. Firmanya di Hong Kong, Ming Pao Enterprise Corporation Ltd yang menguasai akhbar Ming Pao mencatat edaran harian 140000 dan menjadi rujukan urtama masyarakat Cina di Amerika Syarikat dan Canada. Beliau juga memiliki sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Papua New Guinea, The National.

Tiong juga bergerak cergas dalam politik. Beliau pernah menjadi Senator selama tiga penggal pada 1980an dan awal 1990an. Berpegang teguh kepada budaya dan kerpercayaan orang Cina, Tiong ialah penasihat Persekutuan Fuzhou Sedunia yang diasaskannya.


(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

TEH HONG PIOW


TEH HONG PIOW, 78

ASET : RM 8.06 BILLION

PUBLIC BANK BHD


Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930, anak kedua keluarga pendatang dari China ini hidup miskin. Dengan Sembilan anak, bapanya terpaksa berkerja menjual jam dan buah-buahan selepas isterinya meninggal dunia ketika Teh baru berusia enam tahun. Dia membesar dengan memakai apa sahaja yang ada, termasuk pakaian koyak-rabak dan kasut yang dua kali lebih besar daripada saiz kakinya.

Dari situlah beliau belajar berdikari. Ketika di bangku sekolah, beliau membantu bapanya dengan memeriksa barangan yang baru sampai dan menaip surat. Ketika pemerintahan Jepun, beliau menjual rokok untuk membantu keluarga.


Ketika bersekolah menengah di Anglo-Chinese School, beliau mencari duit dengan menganjurkan perkelahan rakan-rakan dengan bayaran berpatutan. Jika itu tidak mencukupi, teman wanitanya yang kemudian menjadi isterinya, Tay Sock Noy akan mengajak rakan perempuannya datang bagi memeriahkan perkelahan.


Teh turut menyewa lori bagi mengangkut mereka ke pantai. Dengan sebuah kamera pinjam, dia merakamkan kegiatan mereka dan menjualgambarnya dengan harga murah.


Kehidupan zaman kanak-kanak yang dibelenggu kemiskinan mendorong beliau bekerja keras untuk memperbaiki hidup. Sebagai pelajar cerdik, beliau memasang angan-angan untuk mempelajari undang-undang tetapi masalah kewangan menghalang cita-citanya itu. Tamat persekolahan pada tahun 1950, beliau bekerja sebagai kerani Oversea Chinese Banking Corporation (OCBC) di Singapura.


Menyedari kepentingan pendidikan,beliau menghadiri kelas perakaunan dan perbankan .Kerjayanya di sector perbankan semakin meningkat. Daripada kerani, beliau dilantik menjadi pegawai dan pengurus sebelum dilantik menjadi Pengurus Besar Malayan Banking Bhd di Kuala Lumpur.


“ saya dapati sector perbankan sangat menarik”katanya. “berpeluang menubuhkan Bank sendiri adalah satu impian menjadi kenyataan”. Impian itu menjadi nyata pada awal 1960an ketika sector itu masih muda di Malaysia. Hamper semua bank di Malaysia dikuasai oleh rakyat asing, iaitu 18 daripada 26 yang ada. Ketika itu, Bank Negara Malaysia (BNM) meminta agar lebih banyak bank tempatan diwujudkan.

“apabila saya mendengar bahawa salah satu syaratnya ialah bank itu mesti diuruskan oleh mereka yang berpengalaman di bidang perbankan, saya sedar impian untuk membuka bank sendiri akan menjadi kenyataan” kata beliau.


Ketika itu Teh terlibat dalam bidang perumahan yang agak menguntungkan. Projek sulungnya ialah flat empat tingkat berharga RM 1.6 juta di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Perolehan daripada projek perumahan itulah yang digunakan untuk menubuhkan Public Bank dengan bantuan beberapa rakan. Modal berbayar ialah RM 12.75 juta.


“saya ialah antara orang yang mula-mula menyokong usaha beliau memohon lesen bank daripada kerajaan” kata pengerusi Kumpulan Arab-Malaysia, Tan Sri Azman Hashim yang ketika itu berkerja di BNM. “dia amat bernasib baik memperolehinya.”


Public Bank memulakan urusniaga pada 6 Ogos 1966 di sebuah bangunan sewa tiga tingkat di Jalan Gereja dengan 32 pekerja. Dalam tempoh lima minggu, Public Bank membuka cawangan di Melaka dan kemudian di Ipoh pada 1967.


Ia mencatat keuntung selepas cukai sebanyak RM71,000 selepas lima bulan. Public Bank kemudian disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 6 April 1967.


Begitupun, bank berkenaan melaluiberbaai rintangan, terutama saingan bank-bank yang lebih besar dan ternama. Beliau tidak menyerah kalah kepada keadaan dan tekanan. “ menutup atau meninggalkan Public Bank samalah seperti seoang ayah meninggalkan anaknya” kata Teh.


Berkat kesungguhannya, Public Bank Berjaya menguasai sebahagian besar pasaran walaupun cuma mempunyai lapan cawangan pada lewat 1970an. Ketika kadar faedah tidak ditetapkan pada 28 Oktober 1978, bank berkenaan mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan kadar faedah lebih tinggi; simpanan tetapnya menawarkan faedah dua peratus lebih tinggi daripada bank lain.


Pada 1982, Kementerian Kewangan mengiktiraf Public Bank sebagai bank yang diluluskan dan ini membolehkan ia menawarkan pelbagai khidmat perbankan kepada jabatan kerajaan dan badan berkanun.


Pencapaian terbesar disepanjang sejarah bank berkenaan itu berlaku pada 1981, iaitu ketika ulangtahun ke-15 penubuhannya. Menyedari modal berbayarnya tidak mencukupi bagi menghadapi saingan bank lain, beliau menjual asset bukan banknya dan melaburkannya ke dalam Public Bank. Ini membolehkan beliau menyertai proses terbitan awam banknya pada 1982 dan 1983, yang sekaligus meningkatkan modal berbayarnya kepada RM168 juta pada 1983 dan RM210 juta pada 1984.


Ketika pasaran saham melonjak pada awal 1980an, Teh dan Public Bank sudah pun bersedia. “itulah keputusan yang saya tak akan kesal sampai bila-bila kerana ia tepat dan sesuai bagi perkembangan perniagaan yang saya cintai, di samping memberikan cabaran yang tidak hentinya.”


Wawasan beliau turut membantu banknya mengatasi pelbagai masalah dengan mencatat keuntungan pada tiga krisis ekonomi. Ketika kemuncak pasaran saham dunia pada 1980an, BNM mengingatkan sector perbankan agar tidak terlalu ghairah memberi pinjaman bagi projek bangunan tinggi yang menempatkan pejabat. Bila kemelesetan ekonomi melanda dan menyebabkan pemaju hartanah dihantui masalah kewangan berikutan ruang pejabat yang melebihi permintaan, Public Bank terselamat daripada memikul beban hutang tak berbayar (NPLs).


Ketika zaman krisis ekonomi 1997-98 pun, Public Bank sudah cukup bersedia. Strateginya ketika itu ialah menggalakkan pinjaman perumahan di mana kadar “sakitnya” lebih rendah berbanding sector lain. Dalam tempoh sebulan melancarkan skim pinjaman perumahannya, bank berkenaan merekodkan pinjaman sebanyak RM1.2 bilion.


Public Bank turut melabur di pasaran baru seperti Vietnam, Myanmar, Sri Lanka,Laos dan Cambodia. Ini membolehkan Teh mendapat banyak pengiktirafan dan anugerah tempatan serta antarabangsa.


Begitupun, jutawan ini masih tidak berpuashati. “kejayaan seseorang usahawan atau tokoh korporat dianggap mutlak apabilasemua pencapaian yang ada diperuntukkan sebagai asas perkembangan perniagaannya dari segi jangka panjang,” katanya. “oleh itu, kejayaan ialah satu perjalanan dan bukannya matlamat. Dalam hubungan ini, kita tidak boleh leka sedikitpun. Ia sepatutnya mencetuskan semangat baru bagi mencapai kejayaan lebih gemilang.”



(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)