ad

Ahad, 5 April 2009

TEH HONG PIOW


TEH HONG PIOW, 78

ASET : RM 8.06 BILLION

PUBLIC BANK BHD


Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930, anak kedua keluarga pendatang dari China ini hidup miskin. Dengan Sembilan anak, bapanya terpaksa berkerja menjual jam dan buah-buahan selepas isterinya meninggal dunia ketika Teh baru berusia enam tahun. Dia membesar dengan memakai apa sahaja yang ada, termasuk pakaian koyak-rabak dan kasut yang dua kali lebih besar daripada saiz kakinya.

Dari situlah beliau belajar berdikari. Ketika di bangku sekolah, beliau membantu bapanya dengan memeriksa barangan yang baru sampai dan menaip surat. Ketika pemerintahan Jepun, beliau menjual rokok untuk membantu keluarga.


Ketika bersekolah menengah di Anglo-Chinese School, beliau mencari duit dengan menganjurkan perkelahan rakan-rakan dengan bayaran berpatutan. Jika itu tidak mencukupi, teman wanitanya yang kemudian menjadi isterinya, Tay Sock Noy akan mengajak rakan perempuannya datang bagi memeriahkan perkelahan.


Teh turut menyewa lori bagi mengangkut mereka ke pantai. Dengan sebuah kamera pinjam, dia merakamkan kegiatan mereka dan menjualgambarnya dengan harga murah.


Kehidupan zaman kanak-kanak yang dibelenggu kemiskinan mendorong beliau bekerja keras untuk memperbaiki hidup. Sebagai pelajar cerdik, beliau memasang angan-angan untuk mempelajari undang-undang tetapi masalah kewangan menghalang cita-citanya itu. Tamat persekolahan pada tahun 1950, beliau bekerja sebagai kerani Oversea Chinese Banking Corporation (OCBC) di Singapura.


Menyedari kepentingan pendidikan,beliau menghadiri kelas perakaunan dan perbankan .Kerjayanya di sector perbankan semakin meningkat. Daripada kerani, beliau dilantik menjadi pegawai dan pengurus sebelum dilantik menjadi Pengurus Besar Malayan Banking Bhd di Kuala Lumpur.


“ saya dapati sector perbankan sangat menarik”katanya. “berpeluang menubuhkan Bank sendiri adalah satu impian menjadi kenyataan”. Impian itu menjadi nyata pada awal 1960an ketika sector itu masih muda di Malaysia. Hamper semua bank di Malaysia dikuasai oleh rakyat asing, iaitu 18 daripada 26 yang ada. Ketika itu, Bank Negara Malaysia (BNM) meminta agar lebih banyak bank tempatan diwujudkan.

“apabila saya mendengar bahawa salah satu syaratnya ialah bank itu mesti diuruskan oleh mereka yang berpengalaman di bidang perbankan, saya sedar impian untuk membuka bank sendiri akan menjadi kenyataan” kata beliau.


Ketika itu Teh terlibat dalam bidang perumahan yang agak menguntungkan. Projek sulungnya ialah flat empat tingkat berharga RM 1.6 juta di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Perolehan daripada projek perumahan itulah yang digunakan untuk menubuhkan Public Bank dengan bantuan beberapa rakan. Modal berbayar ialah RM 12.75 juta.


“saya ialah antara orang yang mula-mula menyokong usaha beliau memohon lesen bank daripada kerajaan” kata pengerusi Kumpulan Arab-Malaysia, Tan Sri Azman Hashim yang ketika itu berkerja di BNM. “dia amat bernasib baik memperolehinya.”


Public Bank memulakan urusniaga pada 6 Ogos 1966 di sebuah bangunan sewa tiga tingkat di Jalan Gereja dengan 32 pekerja. Dalam tempoh lima minggu, Public Bank membuka cawangan di Melaka dan kemudian di Ipoh pada 1967.


Ia mencatat keuntung selepas cukai sebanyak RM71,000 selepas lima bulan. Public Bank kemudian disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 6 April 1967.


Begitupun, bank berkenaan melaluiberbaai rintangan, terutama saingan bank-bank yang lebih besar dan ternama. Beliau tidak menyerah kalah kepada keadaan dan tekanan. “ menutup atau meninggalkan Public Bank samalah seperti seoang ayah meninggalkan anaknya” kata Teh.


Berkat kesungguhannya, Public Bank Berjaya menguasai sebahagian besar pasaran walaupun cuma mempunyai lapan cawangan pada lewat 1970an. Ketika kadar faedah tidak ditetapkan pada 28 Oktober 1978, bank berkenaan mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan kadar faedah lebih tinggi; simpanan tetapnya menawarkan faedah dua peratus lebih tinggi daripada bank lain.


Pada 1982, Kementerian Kewangan mengiktiraf Public Bank sebagai bank yang diluluskan dan ini membolehkan ia menawarkan pelbagai khidmat perbankan kepada jabatan kerajaan dan badan berkanun.


Pencapaian terbesar disepanjang sejarah bank berkenaan itu berlaku pada 1981, iaitu ketika ulangtahun ke-15 penubuhannya. Menyedari modal berbayarnya tidak mencukupi bagi menghadapi saingan bank lain, beliau menjual asset bukan banknya dan melaburkannya ke dalam Public Bank. Ini membolehkan beliau menyertai proses terbitan awam banknya pada 1982 dan 1983, yang sekaligus meningkatkan modal berbayarnya kepada RM168 juta pada 1983 dan RM210 juta pada 1984.


Ketika pasaran saham melonjak pada awal 1980an, Teh dan Public Bank sudah pun bersedia. “itulah keputusan yang saya tak akan kesal sampai bila-bila kerana ia tepat dan sesuai bagi perkembangan perniagaan yang saya cintai, di samping memberikan cabaran yang tidak hentinya.”


Wawasan beliau turut membantu banknya mengatasi pelbagai masalah dengan mencatat keuntungan pada tiga krisis ekonomi. Ketika kemuncak pasaran saham dunia pada 1980an, BNM mengingatkan sector perbankan agar tidak terlalu ghairah memberi pinjaman bagi projek bangunan tinggi yang menempatkan pejabat. Bila kemelesetan ekonomi melanda dan menyebabkan pemaju hartanah dihantui masalah kewangan berikutan ruang pejabat yang melebihi permintaan, Public Bank terselamat daripada memikul beban hutang tak berbayar (NPLs).


Ketika zaman krisis ekonomi 1997-98 pun, Public Bank sudah cukup bersedia. Strateginya ketika itu ialah menggalakkan pinjaman perumahan di mana kadar “sakitnya” lebih rendah berbanding sector lain. Dalam tempoh sebulan melancarkan skim pinjaman perumahannya, bank berkenaan merekodkan pinjaman sebanyak RM1.2 bilion.


Public Bank turut melabur di pasaran baru seperti Vietnam, Myanmar, Sri Lanka,Laos dan Cambodia. Ini membolehkan Teh mendapat banyak pengiktirafan dan anugerah tempatan serta antarabangsa.


Begitupun, jutawan ini masih tidak berpuashati. “kejayaan seseorang usahawan atau tokoh korporat dianggap mutlak apabilasemua pencapaian yang ada diperuntukkan sebagai asas perkembangan perniagaannya dari segi jangka panjang,” katanya. “oleh itu, kejayaan ialah satu perjalanan dan bukannya matlamat. Dalam hubungan ini, kita tidak boleh leka sedikitpun. Ia sepatutnya mencetuskan semangat baru bagi mencapai kejayaan lebih gemilang.”



(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan