ad

Ahad, 5 April 2009

TIONG HIEW KING



TIONG HIEW KING, 71
ASET RM 3.8 BILION
RIMBUNAN HIJAU GROUP


Jutawan balak ini bermula dari peringkat bawah. Sejak zaman kanak-kanaknya, dia sentiasa membantu bapanya, seoang pendayung sampan, menghantar barang-barang dari rumah ke rumah di sepanjang sungai Rejang, Sarawak.

Seperti kebanyakan anak keturunan Fuzhou ketika itu, beliau mula terlibat dalam industri pembalakan ketika berusia 20 tahun. Dia bekerja dengan bapa saudaranya, Datuk Wong Tuong Kwong daripada WTK Group, sebuah firma pembalakan Sarawak, selama 20 tahun. Di bawah TWK, Tiong menimba pengalaman berharga dibidang ini.

Beliau kemudian menyertai bidang itu sebagai kontraktor dengan menubuhkan Rimbunan Hijau Group (RH Group) pada 1975 dan memperolehi konsesi pembalakannya yang pertama di Baram pada 1976, yang menjadi penyumbang utama kepada kemajuan syarikat.


Sejak 30 tahun lalu, Tiong memacu kumpulan RH sehingga dikenali diperingkat antarabangsa. Tidak ada hutan yang diterokai oleh mereka, yang memiliki konsesi dari New Zealand hingga ke lembah Amazon di Brazil.

Berserta adik beradiknya yang lain, Tiong Kiu King, Tiong Thai King, Tiong Kiong King dan Tiong Ik King, mereka memasuki Papua New Guinea pada awal 1990an dan menguasai sebahagian besar peratusan pengeluaran balak Negara berkenaan. Mereka juga turut memenangi konsesi di kawasan mencabar seperti di Siberia.

Pada waktu yang sama, Tiong turut muncul sebagai saudagar media tempatan dan antarabangsa. Syarikatnya, Pemandangan Sinar Sdn. Bhd. Menguasai Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming Daily. Firmanya di Hong Kong, Ming Pao Enterprise Corporation Ltd yang menguasai akhbar Ming Pao mencatat edaran harian 140000 dan menjadi rujukan urtama masyarakat Cina di Amerika Syarikat dan Canada. Beliau juga memiliki sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Papua New Guinea, The National.

Tiong juga bergerak cergas dalam politik. Beliau pernah menjadi Senator selama tiga penggal pada 1980an dan awal 1990an. Berpegang teguh kepada budaya dan kerpercayaan orang Cina, Tiong ialah penasihat Persekutuan Fuzhou Sedunia yang diasaskannya.


(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan