ad

Isnin, 16 Mac 2009

TAN SRI QUEK LENG CHAN


Tan Sri Quek Leng Chan, 65,

Hong Leong Group

Aset : RM 11.098 billion


Tan Sri Quek Leng Chan mungkin diantara individu paling kaya di Malaysia tetapi beliau kurang dikenali umum. Sifatnya yang tegas dan tidak suka menunjuk-nunjuk inilah yang membolehkan beliau mengubah sebuah perniagaan kecil menjadi yang terbesar di Malaysia.


“Quek boleh dikatakan seorang ahli perniagaan yang pemalu. Beliau cuba mengelak daripada terserempak dengan media dan orang ramai,” kata Tan Sri Ramon V Navaratnam bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan.


Lulusan undang-undang Middle Temple Inn di United Kingdom, Quek dihantar menguruskan perniagaan keluarganya di Malaysia berikutan pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 1965. Ketika itu keluarganya Cuma memiliki sebuah kedai peralatan rumah di Birch Street ( kini Jalan Maharajalela), Kuala Lumpur.


Begitupun, Quek tidak sekadar berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Dari situlah beliau mengilhamkan Hong Leong Malaysia yang ada hubungkait dengan Hong Leong Singapura, Hari ini, kedua-duanya masih memegang sejumlah equiti satu sama lain.


Ketua penyelidik TA Securities Bhd, C K Ngu menyifatkan Quek seorang ‘pelabur yang bijak’ kerana berjaya mendapatkan sesuatu kontrak pada waktu yang sesuai. Beliau pernah menjual Dao Heng Bank yang berpengkalan di Hong Kong kepada DBS Group Holding Ltd di Singapura pada 2001 dengan harga US$5.4 bilion. Ia sekaligus meningkatkan kecairan syarikatnya yang nyata mampu menangkis kesan buruk krisis ekonomi 1998.


(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan