Lee Shin Cheng, 69
IOI Corporation Bhd
Aset RM 14.943 billion
Tan Sri Lee mengetuai Kumpulan IOI yang merangkumi syarikat induk IOI Corporation Bhd, IOI Properties Bhd dan IOI Oleochemical Bhd. Mula menjejaki dunia korporat sebagai pemaju hartanah dengan Lam Soon Huat Group sebelum muncul sebagai pemegang saham terbesar IOI Corp pada Disember 1982.
Sejak itu, pengeluar dan pengedar gas industri itu mula mempelbagaikan perniagaannya dalam bidang perladangan pada 1983 dan pembangunan hartanah setahun kemudian. Pada 1984, syarikatnya memasuki bidanglebih stategik iaitu pembuatan minyak masak dan pelbagai guna dengan mengambilalih firma Loder Croklaan daripada Unilever.
IOI Properties yang dahulunya dikenali sebagai Lam Soon Huat Davelopnent Bhd, iaitu pemaju Bandar Puchung Jaya dan Bandar Puteri Puchung di Selangor manakala IOI Oleochemical yang pernah dikenali sebagai Palmco Holdings Bhd adalah pelopor produk oleochemical terbesar di negara ini.
Lee dianugerahkan ijazah Kedoktoran Pertanian oleh Universiti Pertanian
(sumber : Orang Kaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan