ad

Sabtu, 7 Mac 2009

T ANANDA KRISHNAN


T ANANDA KRISHNAN, 69
USAHA TEGAS SDN BHD
Aset : RM19.625 billion

Namanya tercatat dalam sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meletakkan nama Malaysia di arena angkasa lepas. Bagaimanapun, bagi seorang yang melancarkan satelit geologi Measat 1 dan Measat 2 negara pada 1996, Tatparanandam Ananda Krishnan. cukup merendah diri.

Tidak dinafikan usaha beliau banyak mempengaruhi kehidupan berjuta-juta rakyat Malaysia menerusi rangkaian satelit Astro, Maxis dan rangkaian pawagam Tanjung Golden Village.

AK ialah seorang pedagang minyak pada lewat 1970an. Ketika itulah beliau menubuhkan Exoil Trading yang kemudian bergabung rakyat Amerika, Tom Cantwell bagi mendapatkan hak menggerudi konsesi minyak daripa Indonesia kepada Amerika, semuanya meliputi kawasan 2.5 juta hektar.

Kebangkitan beliau secara mendadak adalah berasaskan 'berkat kejituan dan kesungguhhannya, berada di tempat dan pada masa yang sesuai, disamping mengenali oarang yang betul'.

Hubungannya yang rapat dengan Sheikh Ahmed Zaki Yamani ketika sama-sama menuntut di Harvard University banyak membantunya Yamani kemudian menjadi Menteri minyak Arab Saudi.

Kejayaan pelaburannya mendorong majalah Forbes menyiarkan kisahnya dalam satu edisi pada tagun 1997. Beliau disenaraikan di kalangan jutawan dan hartawan dunia 2001 dengan anggaran asset US1.3 bilion(US$1=RM3.80) Majalah korporat Malaysia, Malaysian Business turut menyenaraikan Ananda dalam edisi 16 Februari 2003 sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan aset dianggarkan bernilai RM8.7 bilion.

Perniagaannya yang pelbagai itu merentasi setiap benua. Antara pelaburannya yang paling bermakna ialah Philippine Animated Studios Incorporated, Inc (Pasi) yang menerbitkan siri kartun Kampung Boy hasil nukilan Datuk Mohd Nor Khaled atau Lat. Siri ini memenangi anugerah Siri TV Terbaik ( bagi kategori siri 13 minit keatas) di Festival Filem Antarabangsa Kartun di Perancis pada 1999. Siri ini itu adalah usahasama di antara Astro dan Matinee Entertainer yang berpejabat di Los Angeles.

Dilahirkan pada April 1938 di Bricfields, Kuala Lumpur. Dr T Wignesan yang kini menetap di Perancis berkata" saya tinggal di kampung Vanar berdekatan padang Chan Ah Tong, tempat kami selalu berkumpul. Dia sering berpakaian kemas: baju T putih lengan panjang, seluar cokelat yang digosok dan selipar kulit yang terpaksa di bukakannya terlebih dahulu sebelum bermain bolasepak yang kadangkala bertukar kepada permainan ala ragbi bila hujan."

Antara rakan-rakan sepermainannya di brickfields dan VI ialah mereka yang berjaya di bidang masing-masing, antaranya Khoo Teng Bin, Jeneral (B) Tan Sri Hashim Ali ( bekas Ketua Turus Angkatan Tentera) dan Datuk Mahadev Shankar ( bekas Hakim Mahkamah Rayuan).

Selepas Senior Cambridge, AK tidak tinggal lama di VI. Beliau ke Australia menyambung pelajaran. Beliau menerima biasiswa Yayasan Colombo untuk mempelajari sains politik dan ekonomi di University of Melbourne.

Sekembalinya ke tanah air, beliau menjadi pelatih pengurusan dengan Guthrie Vhd sebelum menyertai Arthur D Little sebuah firma perunding. Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Harvard University, Amerika.

Ananda Krishnan masih nama asing ketika pulang ke tanah air, tetapi tidak bagi Tengku Razaliegh Hamzah. Pada 1974, bersandarkan pengalamannya di bidang dagangan minyak, Ku Li meminta pandangannya untuk menubuhkan Petroliam Nasional Bhd, di mana AK menjadi pengarahnya dari 1984 hingga 1986.

Selepas berjaya meyakinkan pemimpin Malaysia akan kemampuannya bekerjasama dengan Permodalan Nasional Bhd 'menawan' Guthrie di London pada 1981, AK beralih kepada perniagaan Loteri. Pada 1988, beliau menubuhkan Pan Malaysian Sweeps Sdn. Bhd.


(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan